Hmmm...kalau ikutkan, ini persoalan biasa. Tiap-taip tahun kebanyakan anak-anak kita akan duduki peperiksaan besar. Tahun ni giliran aku pulak...aduhhh...sungguh..aku yang kecut. Anak aku, Nadrah, tahun ni ambil UPSR...hmm...kecut jugak kot. Kesian tengok dia. Hari-hari homework yang dia bawak balik..masya Allah..banyak sungguh. Rasanya dulu, 25 tahun lepas, masa ambil Penilaian Darjah 5 tak de la cikgu-cikgu bagi homework gila-gila. Rileks je...ye la...dapat keputusan pun rileks je...tu yang best..tak tension langsung. Keputusan pun...haha..rileks je...2A3B..bolehlah kann...
Tapi, bila datang pada anak kita sendiri..baru la kita tau macam mana perasaan mak kita dulu. Ye la kot. Mak aku tak pulak cakap dia rasa macam mana sebab dia pun sibuk dengan murid-murid dia. Mak aku pun cikgu jugak dulu. Berbalik..tapi, memang sungguh. Aku sibuk suruh anak aku belajar. Aku tak mau dia gagal atau dapat keputusan ala-ala kadar sebab aku tau dia boleh..dia cerdik..tak macam aku dulu. Yang seronoknya, aku amat tekankan subjek matematik. Ishh...kalau dulu aku buat betul-betul mesti aku dah skor A. Senang je rupanya. Ikut je formula..habis cerita. Tu la, dulu tak minat. Kalau ikutkan, semua tak minat. Apa yang minat? Main..main..main..dan main...dan ikut shopping..balik belek barang...main..main..dan main lagi. Itulah dia.
Sekarang ni, bila tengok pelajaran-pelajaran dalam setiap subjek yang anak-anak sekarang belajar rasanya dah lebih sangat tinggi tahapnya. Nak salahkan dia orang kalau tak sampai tahap yang dikehendaki tak boleh jugak. Memang agak delicate dan mencabar...bagi orang yang macam aku la. Kalau bagi orang yang dah sedia cerdik tu, minta maaflah ya..anda tidak tersenarai dalam kategori ini kerana anda merupakan hamba-hamba Allah yang bertuah, yang telah sedia dikurniakan Allah kecerdasan akal yang tinggi. Alhamdulillah.
Kesedaran yang timbul atas kegagalan-kegagalan lepas membuatkan aku lebih mengambil berat dalam soal pendidikan anak-anak. Aku tak mahu anak-anak jadi macam aku dulu. Pelajaran letak pada nombor yang ke....beberapa...selepas main, kreativiti, hobi, sukan, melukis dan sebagainya. Tak salah jugak..sebab orang yang macam aku ni lebih berat kepada penggunaan otak kanan dari yang sebelah kiri. Namun, dengan sebab itulah aku kini terapkan penggunaan dan kelebihan otak kanan kepada anak-anak aku sebab aku percaya kreativiti akan lebih menyerlahkan kecerdasan dan dapat memberi impak yang bukan kecil dalam proses pembelajaran terutama dalam subjek matematik.
Kebiasaan, tanyalah kebanyakan artis atau mereka yang lebih suka kepada lukisan atau mana-mana bidang kreatif. Minatkah mereka kepada matematik? Apakah keputusan kamu dalam matematik? Sukahkah kamu pada kira-kira? Atau...tolong congakkan RM1.20 x 6 kotak air. Jawapannya mesti.."...mmmmmmmmmmmmmmmmm.....6 kali 0=o, 6 kali 2=12, satu kat atas, campur 6, jadi 7,...mmm...ntah..kalkulator ada?" Senangkan? Bagi yang dah biasa, congak yang mudah begini tak jadi masalah. Tapi, ada jugak yang nak control..haha..ini yang seronok bila kita tengok gelagat dia orang. Macam-macam.
Ok, berbalik kepada subjek tadi. Sebenarnya dalam subjek matematik kita menggunakan kedua-dua belah bahagian otak kita. Sebelah kiri memikirkan penyelesaiannya, manakala yang sebelah kanan pula memikirkan cara meyelesaikannya. Percaya? Aku percaya. Dalam matematik ada figura. Nombor..itulah figuranya. Dalam seni juga sudah tentu ada figura. Inilah yang aku terangkan pada anak aku. Berfikir secara kreatif. Gunakan figura seni dalam matematik. Terapkan nilai seni dalam matematik. Bukan setakat itu saja, terapkan seni dalam setiap matapelajaran yang dipelajari.
Dalam seni, untuk menghasilkan figura kita perlukan selain alatan melukis seperti pensil dan kertas, kita amat memerlukan pemikiran yang waras, dapat mengimbang dan sedaya upaya akan cuba untuk mendapatkan ketepatan dalam pembahagian ruang, rupa, tekstur dan sebagainya dengan betul. Prinsip, disiplin dan etika seni juga harus diambil berat. Bila kurang salah satu tentu hasil akhirnya akan kelihatan cacat walaupun dari segi logiknya kelihatan betul..tak ada cacat dah lukisan tersebut. Tapi, awas! Mata pandai menilai akan sedaya-upaya pula mencari kesilapan walaupun kecil.
Begitu juga matematik. Formula itu penting. Sama penting seperti melukis. Ingat formula maka lengkap dan betullah jawapan akhirnya. Hakikatnya, formula-formula yang perlu diingat (bagi sesetengah akan dihafal), tak banyak. Bagi satu pelajaran matematik, sekurang-kurangnya dua atau tiga formula asas yang perlu diingat. Selebihnya boleh disebut sebagai logik dalam ketepatan. Latihan itu mustahak. Sama penting dalam melukis. 'Practice made perfect' kan. Maka, diingatkan, wahai anak-anak...cubalah..dan cuba lagi kalau tak berjaya. Buat latihan banyak-banyak sekurang-kurangnya satu (1) soalan (yang susah) sehari. Tak dapat? Buat lagi. Tak dapat? Tanya mak, abah, abang, kakak...adik..Tak dapat jugak..cikgu ada. They are always willing to help. Ingat! Cikgu bukannya Carnivor. They don't like human flesh. Tapi, awas...kalau 5 kali dia dah terangkan tapi tak dapat jugak...jadi, silalah sediakan your very own sheild to get the T-REX out of you. At this stage, they are willing to tare your skin and EAT you like they were never before...HAHAHAHAHA..So, better watch out!
Thursday, June 3, 2010
Wednesday, March 31, 2010
Perginya Bapak...episod 'Mama'
Foto terakhir bersama Allahyarham Bapak seminggu sebelum pemergiannya bersama seluruh ahli keluarga
(Catatan kenangan ini akan ditulis peringkat demi peringkat mengikut masa yang dapat diluangkan oleh penulis)
Menunggu gambar terbaru yang kami ambil semasa Allahyarham Bapak masih hidup untuk di upload sungguh memenatkan. Entah sebab apa susah sangat nak upload gambar-gambar ke blog sejak kebelakangan ni. Saya pun tak berapa arif dengan arahan komputer ni, al-maklumlah.
Bapak...mengenangkan dia membuatkan hati jadi sayu dan sebak. Kenapa tidaknya, dialah bapa dunia akhirat yang telah membenihkan empat zuriat ke rahim mama lalu terlahirlah kami, dengan izin Allah, ke muka bumi. Saya amat bersyukur, Allah ciptakan dan meminjamkan diri ini kepada pasangan yang saling sayang-menyayangi ini. Tak taulah pulak kalau saya ni menjadi anak orang lain...entah lebih elok hati, budi dan iman atau sebaliknya. Namun, kepada siapa pun saya dikurniakan sebagai anak, saya memohon agar Allah yang Maha Adil akan sentiasa menjadikan saya anak yang soleh dan beriman, dan sanggup berkorban kepada ibu dan bapa saya sehingga ke akhir hayat demi Allah yang Esa.
Menyingkap kembali kenangan sepanjang menjaga Bapak, semasa dia sakit kadang-kala menjadikan hati tak keruan terutama bila teringat semula bagaimana menguruskan pakaian dan makan minumnya. Paling kasihan kepada Mama yang jarang sekali lekang dari sisi Bapak. Pengorbanan Mama selama Bapak sakit amat besar. Sepanjang masa Mama akan berada di samping Bapak untuk memandikan, menyalin pakaian, menyapu ubat, menyuap makanan dan sebagainya. Alhamdulillah, kesihatan Mama Allah bela. Mama tak pernah jatuh sakit sepanjang Bapak uzur, baik demam atau batuk. Cuma kepenatan jelas terlihat pada wajahnya. Tubuh badan Mama nampak susut dan memang nyata beratnya yang telah memberi bentuk badan yang ideal selama berpuluh tahun kepadanya telah menurun agak ketara hampir mencecah paras bawah 45 kilogram. Mama kurus dan cengkung. Bukan tak makan. Tapi, semua ni adalah kesan daripada keletihan yang telah membantutkan seleranya.
Jamahnya hanya sejemput nasi. Tapi, Mama kuat makan sayur dan ikan. Masakan hospital yang 'bolehlah' dimakan (kadang-kadang menjadi sangat enak bila kita melawat pesakit..tapi yang pasti pesakit pun komplen lauk tak sedap...) menjadi santapan Mama saban hari. Bapak jarang berselera lauk hospital. Bukanlah dia memilih tapi selain sakit kanser prostat dan tulang yang dialaminya, dia juga alah kepada makanan laut, kekacang, daging dan masakan pedas. Jadi, saya akan menyediakan makanan untuknya di rumah dan membawakan untuknya bila tiba waktu makan. Petang, Bapak akan minta dibelikan popiah basah kegemarannya; kuih yang kerap diminta sepanjang dia sakit. Mama pula makan apa saja yang dibawa tapi jangan lupa belikan pisang goreng atau cucur badak...yang itu pasti dia akan berselera.
Siang malam Mama akan setia bersama Bapak. Bapak pula, pantang Mama hilang pasti dia akan resah. Pernah saya minta untuk menggantikan Mama bergilir menjaga Bapak di hospital. Pertama, dia akan bersetuju. Kedua, bila tiba masanya Mama balik Bapak akan berpaling dan mendiamkan diri tanda protes. Tapi, sesungguhnya Bapak seorang pemendam dan perahsia. Dia hanya akan berdiam diri jika soalan yang diajukan tidak mengikut kehendak perasaannya terutama jika Mama minta untuk balik ke rumah sebentar, untuk mandi sepuas-puasnya dan melepaskan lelah sekadar waktu di atas tilam empuk di bilik yang kami sediakan untuk mereka. Ceritanya hanya layak dikongsi bersama Mama biarpun perihal anak-anak.
Begitulah Bapak. Amat memerlukan Mama disampingnya sepanjang keuzurannya. Bapak amat menyayangi Mama. Dan, Mama terlalu obses dalam menyayangi Bapak. Mama makan hati dan menjeruk perasaan setelah Bapak pergi meninggalkan kami. Kadang-kala terdengar juga tangisan Mama dari dalam bilik mandi. Mengharukan. Memilukan. Kasihan saya pada dia.
Siapakah yang dapat melupakan insan tersayang terutama bila dia pergi, di mana pemergian itu tak akan kembali lagi? Apatah lagi seorang isteri yang telah hidup bersama suaminya selama 40 tahun, berkasih sayang dan bersuka duka selalu bersama-sama. Pucuk pangkalnya, biarlah kasih sayang kita kepada manusia sekadar dapat membuat kita bahagia yang berupa sementara. Tetapi, pupuklah kasih sayang kepada Allah sedalam-dalamnya agar kekecewaan kita tidak mencucuk terlalu jauh ke dalam jiwa bila kita ditinggalkan kelak.
Begitulah Mama, dia yang sedar semua ini. Ada katanya yang boleh dikongsi bersama, "..itulah..Mama terlalu sayang sangat pada Bapak...obses sangat....I loved him so much and I missed him...Tuhan nak tunjuk, jangan terlalu sayang sangat pada orang..kita kena sayang pada Dia lebih dari segala-galanya..". Mama...Suhaila sayang Mama. Semoga Allah pelihara dan lindungi Mama sentiasa...
Monday, January 18, 2010
Surat Untuk Fatini Yaacob
Assalamualaikum, Saudari Fatini yang sangat saya hormati.
Maaf, jika keterlaluan saya menggelar Datin hanya sebagai Saudari sahaja kerana bagi saya lebih mesra di antara kita dengan panggilan tersebut di dalam surat terbuka ini. Untuk pengetahuan Saudari, saya telah mula mengenali Saudari melalui penulisan Saudari tentang kisah hidup Natrah di Dewan Masyarakat lebih kurang 20 tahun yang lalu. Di ketika itu usia saya cuma 15 tahun, tetapi daripada penulisan dan 'finding' saudari itu telah terkesan di dada saya satu kisah yang menyayat hati derita seorang gadis muslim yang dipaksa bukan terpaksa, menyerahkan segala-gala keindahan hidup dan penghidupannya kepada kerakusan satu institusi yang langsung tidak berperikemanusiaan.
Pada usia 15 tahun itu, walaupun masih mentah dari soal-soal radikal, kejiwaan dan pemberontakan emosi, namun di atas minat yang mendalam terhadap sesuatu yang historik, ditambah pula gabungan cinta yang romantik dan kehidupan sungguh tragis seorang gadis 'mat saleh' yang malang ini telah membawa hampir keseluruhan jiwa dan nurani saya untuk terpahat pada kisahnya yang sangat-sangat meruntun jiwa sesiapa sahaja yang membacanya.
Entah mengapa ya, Saudari, saya bagai terpukau dengan Natrah ini. Apabila pertama kali saya terkerling kepada Dewan Masyarakat yang pertama sekali membuat liputan tentang Natrah, hati saya langsung terusik untuk membaca dan mengetahui cerita-ceritanya tanpa sabar-sabar lagi. Apakah ilmu yang Saudari pakai untuk 'menyantau' mata pembaca melalui isu Natrah yang istimewa ini? Berikan jawapan segera kerana Natrah ini atau Nadra atau Huberdina Maria atau Bertha ini telah saya jadikan darah daging saya seumur hidup selepas pertama kali saya terpaut dengannya.
Saudari Fatini,
Ingin tahukah saudari bahawasanya kecintaan saya kepada gadis kecil molek ini telah membawa kesan mendalam kepada saya. Saya sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin atas keistimewaan perjalanaan hidupnya yang patuh pada cinta dan kerinduan..yang memulas hati dan sanubari..yang mengembangkan sayap antipenjajah..membuat kita menjadi pemikir dan pemenung dalam mengenangkan nasibnya yang teramat malang hingga lanjut usianya. Saya sendiri kagum dengannya sebagaimana Saudari juga kagum dengannya. Perasaan saya ini dan ingatan saya kepada kisah sedih dan pilu Natrah telah saya bawa hinggalah saya melanjutkan pegajian saya dalam bidang seni, sehinggalah pula saya bertemu jodoh juga dari kalangan orang-orang seni juga, yang akhirnya membenihkan zuriat yang seni....yang saya namakan Nadrah...malangnya bukan Natrah..segalanya di atas perbincangan kami berdua suami isteri yang meragui jika pula nama Natrah itu tidak membawa apa-apa makna.
Kecewa pada mulanya. Tapi, tidak pula kekecewa berkekalan hingga ke hari ini, setelah tamat membaca hikayat yang Saudari riwayatkan,"Natrah (1937-2009), Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha, Cinta. Rusuhan. Air Mata". Nadrah milik saya kini akan menjangkau usia awal remajanya, 12 tahun. Dahulu, jika dititipkan kepadanya nama 'Natrah' juga tidak mendatangkan apa-apa kecurigaan kerana sebagaimana juga ejaannya nama tersebut, 'Natrah' atau 'Nadrah' atau 'Nadra', maknanya tetap serupa iaitu 'sekeping emas'. Memang itulah dia Natrah sebenarnya, 'sekeping emas' atau 'a piece of gold', yang amat-amat berharga buat orang-orang Melayu dan Islam sezamannya yang sanggup bergadai nyawa untuk mempertahan dan memilikinya, juga sangat berharga kepada bangsa Belanda dan kerajaannya yang telah termalu sendiri atas kejelekkan 'Belanda dapat tanah' yang terpaksa akur dengan kemerdekaan yang dituntut Indonesia. Natrah juga begitu 'berharga' buat ibu, bapa dan adik-beradik yang 'menyayanginya'. Namun, yang terpaling berharga Natrah ini ialah kepada dua insan yang paling dapat membahagiakan hidup matinya iaitu Cik Aminah, ibu angkatnya dan Mansor Adabi, bekas suaminya, yang padanya tiada galang ganti biar tanah meliputi badan.
Tragis kita rasa apatah lagi si empunya badan kecil yang menanggung sengsara tidak terbela. Runtuh hatinya tiada yang dapat tegakkan kecuali apa atau siapa yang menjadi kecintaannya. Banyak persoalannya ya, Saudari, yang kita tanya dan jawab sendiri. Banyak juga 'kalau'nya yang kita sendiri tahu tak akan menjadi nyata jika ianya 'ia' sekalipun. Mohon Allah berilah keampunan kepada roh Natrah yang keliru..namun, persoalannya, kenapa yang Maha Esa menguji Natrah dengan ujian yang sehebat ini? Hanya Dia yang tahu...
Biar setakat ini dulu wahai Saudari Fatini yang saya hormati. Mungkin di lain masa dapat lagi saya menulis buat saudari. Semoga sejahtera hendaknya Saudari bersama keluarga dan kehidupan.
'Semoeka dapat berdjoempa lagie'.
Yang Benar,
Suhaila Hashim
Seri Manjung,
Perak.
Wednesday, November 11, 2009
Ingin bercerita-cerita...
Gambar ini: Mak Chom (adik mama) dan suami, Pak Cik Mat minum petang di anjung kami semasa mereka menziarahi bapak dua minggu lepas.
Assalamualaikum.
Lama sungguh rasa tak masuk rumah sendiri...hmmm...lapang sungguh..tak ada apa-apa perubahan. Bila dah lama macam ni, mulalah...tak tau apa nak isi.
Sebenarnya, saya sendiri rindu untuk menulis. Masa tidak mengizinkan. Sejak meninggalkan sebentar Anjung Manjung...hampir tiga bulan, sejak Ramadhan lalu..baru inilah peluang yang ada untuk bercerita-cerita. Sepanjang Ramadhan saya sibuk dengan tempahan-tempahan biskut untuk hari raya..butter cookies dan coffee oil cookies..yang sentiasa menjadi kegemaran ramai bila tiba musim perayaan. Insya Allah, raya haji ni saya ambil juga sedikit tempahan dalam masa-masa lapang...ehhhh...sedappp..try lah.
Tapi..sepanjang bulan puasa walaupun sibuk dengan biskut dan terawih..ada yang tak seronoknya..bapak terpaksa dimasukkan ke hospital akibat prostate cancer yang baru didiagnos cukup setahun lepas. Kanser yang bapak hidapi ini telah merebak ke serata tulang dan kini bapak terpaksa bergerak dengan kerusi roda akibat lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah. Ini merupakan kesan daripada kanser yang menyebabkan kerosakan pada tulang belakangnya sehingga memberi gangguan pada saraf tunjangnya.
Sekarang ni, bapak dan mama, Datin Hajjah Mahani Abdul Rahim, tinggal sementara waktu dengan saya dan keluarga. Bagi kami, kalau diizinkan Allah biarlah bapak dan mama berada di sini selama-lamanya. Inilah masanya untuk saya membalas jasa mereka. Sebenarnya, inilah tanggungjawab dan amanah Allah kepada seorang anak terhadap ibu bapanya. Syukur Alhamdulillah saya mengahwini seorang suami yang sporting dan memahami keadaan kedua orang tua saya. Tanpa dia, tak mungkin keinginan saya menjaga bapak dan mama menjadi kenyataan. Malah, dialah yang sebenarnya membuka mulut mencadangkan perkara ini kepada saya. Saya amat bersyukur..terasa seperti doa-doa saya telah dimakbulkan Allah.
Mulai hari ini, kalau diizinkan Allah, saya akan mula menulis perjalanan hidup bapak dari hari ke hari. Kepada yang mungkin pernah menjadi peminat setia bapak dahulu...seorang veteran RTM..bekas pembaca berita yang terkenal suatu waktu dahulu yang seangkatan dengan Kamaruddin Ahmad, Harjit Singh Hullon, Salasiah Zakaria, Siti Fatimah Noor, Wan Chik Daud dan anak didiknya, Farit Ismeth Emir...silalah singgah ke anjung saya untuk mengenali dan mengetahui perkembangan Dato' Haji Hashim Embi. Kepada semua rakan-rakan seperjuangan bapak dan saudara-mara juga sahabat handai dari jauh dan dekat yang telah mengetahui keadaan bapak, menziarahinya dan bertanya khabar sejak Zulhijjah tahun lalu hingga kini, dan tak putus-putus mendoakannya, saya sebagai anak dan wakil keluarga mengucapkan terima kasih tidak terhingga. Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda semua, Insya Allah.
Saturday, August 22, 2009
Mama dan Bapak menerima pemberian daripada jemputan (yaa...kelihatan Kak Elin sedang memberi bunga seraya mencium Mama dengan bangganya)..pstt..nampak tak cameraman yang pakai seluar khakis tu?...tu le die..
Tetamu di meja utama..Uncle Omar, Aunty Salasiah and hubby, mak Noi, , Mak Dah, Pak Lim (membelakang kamera), Farid, Bapak, Adam, Mama, mak Paiman, Yaya dan Sarah..
Meja Utama..ok?
Noi and Suhaila..belakang tu yang pakai baju pink sebelah kanan ialah MR.MC kite..Mr.Wira..thanks Wira. Sorry tak sempat ucap hari tu..
Sorry, gambar-gambar tak ikut sequence of the event. Sebenarnya, ini berlaku pada tanggal 1 Ogos 2009, sempena menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Mama dan Bapak ke-40 dan Hari Ulang Tahun Bapak yang ke-65 yang sepatutnya berlaku pada hari berikutnya, 2 Ogos. Alhamdulillah, kejutan yang kami adik-beradik rancangkan berjaya membuat Mama dan Bapak sangat-sangat terharu. Apa yang membuatkan kami berasa begitu gembira dan hiba bila Mama kelihatan dan telah menunjukkan kesan terkejutnya dengan ucapan 'Allahu Akbar', 'Allahu Akbar', 'Allahu Akbar'....sedari terlihat kelibat adik-beradiknya dan saudara-mara serta jemputan yang hadir. Bapak pulak..hmmm...macam biasa..garu kepala...dengan machonya...mengalirkan air mata terkejut dan teruja.
Antara hadirin yang telah sudi menghadirkan diri ke majlis yang kami adakan ini adalah selebriti RTM Farid Ismeth dengan anak terunanya yang segak serta Salasiah Zakaria bersama suami. Jemputan yang lainnya adalah adik-beradik Mama seperti orang kuat, Uncle Omar and Aunty La, Pak Lim and Mak Dah, Mak Chom and Pak Cik Mat, Cik Ton an Pak Mokhtar dan Pak Don and Mak Ton. Anak-anak saudara yakni sepupu-sepupu kami seperti Samser, Liyana, Leen, Fiza, Abg Shaha, Abg Jo (Izudin), Eena, Kak Yati, Kak Ana, Abg Sofiee, Kak Elin, Kak Yus, Kak Tina dan ramai lagi. Tak ketinggalan ibu-ibu mertua kami dan ipar-duai kami bersama keluarga yang sudi meluangkan masa sehari bersama kami. Kepada semua kami ucapkan ribuan terima kasih.
Yang menjadikan kejutan ini lebih mengejutkan semua ialah bila ada jurukamera dari rancangan sisipan DIVA terbitan RTM datang atas jemputan Syuhada merakamkan suasana perjalanan majlis serderhana ini. Tapi...tak tau la hari apa yang keluarnya kat TV. Tak tengok pun. Sesiapa yang tertonton DIVA pada minggu-minggu yang lalu, yang menayangkan sedutan majlis kami ini silalah beritahu. Nak juge tau..
Ok...kepada suami yang sentiasa memberi semangat dan understanding, Paiman dan anak-anak, Yaya and Chofi, Mami ucapkan terima kasih dan sayang selalu. Kepada adik-beradik...Rizal, Razif dan Syuhada...terima kasih atas penat lelah kita yang membuahkan hasil yang lumayan...Mama Bapak dapat hadiah macam orang baru kawen..tinggal microwave ngan plasma tv je yang tak dapat. Buat adik ipar,Noi...cey,cey,cey...glamer kite you...thanks so much sebab sanggup jadi host kepada rencana ini. Anda telah bekerja keras walaupun dalam keadaan berbadan dua. Thanks to Adam bin Razif, Tasya Rizal and Rayen Rizal(walaupun keluarga Rizal tak dapat hadir), too..Mak Ngah's and Pak Ngah's sweet little people.
Harapan kami, semoga Mama dan Bapak dilanjutkan usia dalam keadaan sempurna akal dan jiwa. Semoga dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat. Semoga kasih sayang kalian berdua akan utuh selagi nyawa dikandung badan. Mama..Bapak..doakan kami anak-anakmu...We love you so much...Kasih Bertaut, Cinta Bersemi...hanya mati memisahkan kita.
Tetamu di meja utama..Uncle Omar, Aunty Salasiah and hubby, mak Noi, , Mak Dah, Pak Lim (membelakang kamera), Farid, Bapak, Adam, Mama, mak Paiman, Yaya dan Sarah..
Meja Utama..ok?
Noi and Suhaila..belakang tu yang pakai baju pink sebelah kanan ialah MR.MC kite..Mr.Wira..thanks Wira. Sorry tak sempat ucap hari tu..
Sorry, gambar-gambar tak ikut sequence of the event. Sebenarnya, ini berlaku pada tanggal 1 Ogos 2009, sempena menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Mama dan Bapak ke-40 dan Hari Ulang Tahun Bapak yang ke-65 yang sepatutnya berlaku pada hari berikutnya, 2 Ogos. Alhamdulillah, kejutan yang kami adik-beradik rancangkan berjaya membuat Mama dan Bapak sangat-sangat terharu. Apa yang membuatkan kami berasa begitu gembira dan hiba bila Mama kelihatan dan telah menunjukkan kesan terkejutnya dengan ucapan 'Allahu Akbar', 'Allahu Akbar', 'Allahu Akbar'....sedari terlihat kelibat adik-beradiknya dan saudara-mara serta jemputan yang hadir. Bapak pulak..hmmm...macam biasa..garu kepala...dengan machonya...mengalirkan air mata terkejut dan teruja.
Antara hadirin yang telah sudi menghadirkan diri ke majlis yang kami adakan ini adalah selebriti RTM Farid Ismeth dengan anak terunanya yang segak serta Salasiah Zakaria bersama suami. Jemputan yang lainnya adalah adik-beradik Mama seperti orang kuat, Uncle Omar and Aunty La, Pak Lim and Mak Dah, Mak Chom and Pak Cik Mat, Cik Ton an Pak Mokhtar dan Pak Don and Mak Ton. Anak-anak saudara yakni sepupu-sepupu kami seperti Samser, Liyana, Leen, Fiza, Abg Shaha, Abg Jo (Izudin), Eena, Kak Yati, Kak Ana, Abg Sofiee, Kak Elin, Kak Yus, Kak Tina dan ramai lagi. Tak ketinggalan ibu-ibu mertua kami dan ipar-duai kami bersama keluarga yang sudi meluangkan masa sehari bersama kami. Kepada semua kami ucapkan ribuan terima kasih.
Yang menjadikan kejutan ini lebih mengejutkan semua ialah bila ada jurukamera dari rancangan sisipan DIVA terbitan RTM datang atas jemputan Syuhada merakamkan suasana perjalanan majlis serderhana ini. Tapi...tak tau la hari apa yang keluarnya kat TV. Tak tengok pun. Sesiapa yang tertonton DIVA pada minggu-minggu yang lalu, yang menayangkan sedutan majlis kami ini silalah beritahu. Nak juge tau..
Ok...kepada suami yang sentiasa memberi semangat dan understanding, Paiman dan anak-anak, Yaya and Chofi, Mami ucapkan terima kasih dan sayang selalu. Kepada adik-beradik...Rizal, Razif dan Syuhada...terima kasih atas penat lelah kita yang membuahkan hasil yang lumayan...Mama Bapak dapat hadiah macam orang baru kawen..tinggal microwave ngan plasma tv je yang tak dapat. Buat adik ipar,Noi...cey,cey,cey...glamer kite you...thanks so much sebab sanggup jadi host kepada rencana ini. Anda telah bekerja keras walaupun dalam keadaan berbadan dua. Thanks to Adam bin Razif, Tasya Rizal and Rayen Rizal(walaupun keluarga Rizal tak dapat hadir), too..Mak Ngah's and Pak Ngah's sweet little people.
Harapan kami, semoga Mama dan Bapak dilanjutkan usia dalam keadaan sempurna akal dan jiwa. Semoga dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat. Semoga kasih sayang kalian berdua akan utuh selagi nyawa dikandung badan. Mama..Bapak..doakan kami anak-anakmu...We love you so much...Kasih Bertaut, Cinta Bersemi...hanya mati memisahkan kita.
Tuesday, July 21, 2009
Lawatan Sis Hanim Khairuddin & Bro Hamidi Hadi ke Anjung Kami
Seronok kami terima dua tetamu hebat bersama pasangan dan keluarga masing-masing ke Anjung kami. Kunjungan Sis Hanim bersama suaminya, Bro Syed Omar yang sempoi disambut juga bersama kedatangan Bro Hamidi Hadi dengan isteri, Mek Ja dan anak-anaknya.
Lawatan 'serampang dua tiga mata' ini kami sajikan dengan bihun hailam dan custard pudding with peach halves sebagai pencuci mulut yang disediakan oleh tukang masak, Cook Su. Apa yang menariknya tentang kehadiran mereka ini adalah sesi sumbang sembang yang dihoskan oleh Paiman yang bertindak sebagai tuan rumah dan juga orang yang sakit. Selapas penat makan dan bercakap-cakap tanpa henti, mereka kami bawa membuat tinjauan di ladang anggur kami yang sedang mengeluarkan hasil yang lumayan..tapi masam. Cukup masa, boleh peram...jangan salah faham....buat enzime..elok sebagai bahan bagi mencantikkan kulit.
Di kesempatan itu, Sis Hanim sempat memiliki sepasu pokok bunga dan sesi diaduk dengan topik-topik tambahan seperti tip-tip penanaman, penggalakan buah dan tuaian anggur, persoalan dan jawapan mengapa laman kami berbau harum dan slot sembang seni. Anak-anak menghabiskan petang di pondok-pondok bermain dan bergurau-senda.
Insya Allah, dikesempatan lain, kami ingin lagi menerima tetamu seperti anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)